Monday, August 20, 2012

Kenangan Terhalal Versi Kenangan Terindah ,,




“janganlah dicemari perhubungan praperkahwinan dengan apa2 yang haram atau Syubhah.Biar kenangan semuanya Halal dan Indah belaka.”

“Pernah bergaduh dengan pasangan suami/isteri? “ Kadang kala kita ditanyakan soalan2 yg buat kita kaget.Masakan kita terlepas peluang untuk bergaduh dan berselisih faham dalam kehidupan rumahtangga kita.Ya ada peluang.Ruang yg diberikan Allah sbg peluang untuk suami isteri meningkatkan diri.Bukanlah bermaksud sengaja mencari perselisihan faham tapi setiap kali berlakunya perselisihan faham,ia pasti berakhir dengan pelajaran baru bagi suami isteri jika mereka berjaya mempositifkannya.

Alangkah rumahtangga Rasululah SAW sendiri menempuh fasa2 sedemikian rupa ,apatah lg kita yg serba kekurangan ini..

“Bagaimana untuk mempositifkan pergaduhan itu ?”

MASIH ADA SAYANGTanyakan kepada diri sendiri adakah masih menyayangi isteri/suami ?Kalau sayang itu masih ada berusahalah atas nilai kasih sayang untuk cari jalan penyelesaiannya.

Macam mana kita nak tentukan yang kita masih ada rasa sayang kepada isteri kalau lg sdg marah ?

MENCARI EPISOD KASIHHm..kenang kembali saat cinta sedang mekar dan segar bugar …^_^

Bagi saya saat yg paling bermakna untuk dikenang adalah petang saya menentukan tarikh pertunangan.Selepas menetapkan persetujuan ,saya ditanya oleh bakal ibu mertua ‘sudahkah pernah bersua dengan bakal tunang atau tidak ?’Kerana tidak pernah berjumpa tentulah saya terkejut.

Jadi bakal ibu mertua panggillah bakal isteri saya dan itulah saat pertama kali saya menatap wajah ‘bakal isteri’ dalam majlis yang paling mulia dan halal iatu ,di rumahnya sendiri dan dihadapan ibu serta bapanya..”

Wah, Sweetnya! Betullah kata seorang guru saya ,kemanisan dan kenikmatan itu ada pada yang halal !.Sebab itu janganlah dicemari perhubungan praperkhwinan dengan apa2 yang haram atau syubhah.Biar Kenangan semuanya Halal dan Indah belaka .Biar Kenangan Terindah menjadi Kenangan Terhalal ..

"Andai CINTA ingin dibawa ke Syurga,kenapa dibiarkan CINTA ada noktah dan penghujungnya...???"

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes